22 October 2010

Kelas antenatal?!

Oyy..
banyak class yg dah di anjurkan tiap2 bulan..
dan aku sentiasa x de masa nak attend!
Dok delay..delay..postpone..postpone..
n finally sekarang..baru ada masa nk pergi!
thank god!
i really need to attend this class!
Apekah?? lagi 2 minggu nk beranak baru nk pegi?!!
hoihhh..lantak laaa..ade aku kisahh?? haha..
not to worry lorr..
mmg dah bnyk ilmu aku duk digging..
pengalaman si polan..si polan..
tapi still aku nk ngengada bley?
the most important is..
the right way to..
inhale..n exhale during labour!


ok gotta go! its 5pm already!
waiting 4 weck to fetch me up at jockey!

happy weekeend guys!


21 October 2010

I'm selling my Nokia E71 & BlackBerry Gemini

Hot selling item! -SOLD!

Haritu aku post nokia e71..
kali ni aku jual hp aku yg lagi satu..
blackberry curve atau dikenali sbg blackberry gemini!


(SOLD) to Miss Nur Hanisah (Bukit Baru,Melaka)

Qwerty keyboard- SOLD!

screen preview..- SOLD

Meh ushar kelebihan hp ni plak :

  • Hardware/Processor : 512Mhz processor
  • Dimensions (mm) : 109 x 60 x 13.9 mm
  • Weight (g) : 106 (ketupat pon tak seringan ni)
  • QWERTY-Keyboard
  • Navigation Key : Track pad macam laptop anda!
  • Memory Slot : microSD/SDHC, up to 16GB (boleh letak file lagu yg banyak!)
  • Wi-Fi boleh layan blogspot bila2 masa.
  • Camera 2.0 Megapixels dengan Max. Resolution 1600x 1200
  • Bley update Facebook,Twitter dgn pantas..(even dlm toilet boleh update status..hehe)
  • Chatting Yahoo messenger,google talk,Msn bila2 saje anda berada!
  • Function copy n paste sama seperti i-phone!
  • Bukan dari T-mobile! Tapi beli drpd direct drpd CELCOM centre!
FOC :

  • Memory card 2GB
  • Usb Cable
  • Blackberry Holster
  • Headset
Selling for RM 500 (cash only) - SOLD!

Any inquiries or Interested please email me at : ainiladly@yahoo.com | ainiladly@ijn.com.my


Rezeki baby agaknya..

Aku anggapkan rezeki baby la kan.. sbb FIL (father in law) dengan sukacitanya menyerahkan kereta Naza Suria atau lebih korang kenali dgn nama Kia Picanto kepada aku ngan weck.. *(kot x tau lagi keta apa..nkorang google je la,abis cerita!). Keta tu sbnrnya hadiah dari FIL kepada MIL aku.. tapi dia dah order keta baru kat MIL aku.. aku assume, maybe sbb tu dia let go keta naza ni..

Keta tu baru dibeli lebih kurang 4 taun yg lepas..so kiranya ade balance beberapa taun je lagi nk abis bayar.. hmm.. baba ckp bulanan Rm515.00 je.. dan weck ngan aku dah stuju, aku yg bayar keta tu pasni.. dan sekali gus membawa maksud.. aku la owner keta tu skrg..

Photobucket



kereta ni la! sempat snap dari tepi je keta ni..
pic ni masa tgh nk bkumpul ngan team gunung yg
lelain sblom xpdc mendaki dijalankan..haha..

FIL aku sebenarnya keja kat menara maybank (HQ).. dan taun depan merupakan taun last dia berkhidmat kat situ kut.. *pencen la kiranya.. atas sbb tu jugak la dia nk kurangkan tanggungan dia kat kereta ni.. atau..entahlah.. dia dah plan agaknya.

Yang weck pula sibuk dengan honda sivik dia..haha.. mmg x de sivik betol! err..jap! maknanya, pasni aku kene pergi keja sendiri..dan pulang sendiri la??? whuarrgghh..xde la nk jadi 'princess' lagi.. balik keje ade org amik, pegi keje org hantar.. sob...sob... sedeyyyyyyy..


Thanks again baba!

20 October 2010

My 36th weeks pregnancy diary

9 Months pregnant!


k.e.g.i.l.a.a.n


Arrghh.. the next couple of weeks are a waiting game for me i guess! Another 3 weeks, like 3 years to be waited! Ahh..need to calm down..haha. I just cant wait for that 'time'..n so terribly excited to hold him in my arm!

-Haih,sekejap sangat!! but i'm so proud with my achievements so far. Meanwhile, the baby ticker above do make my heart skipped beating sometimes! Yeahh man, it's around the corner! Although, i'm still the panicking mommy-to-be..i think I've got a lot done.. and things are pretty much on track right now..

-Thanks to my MIL (mother in law) -for the "air selusuh"..
-Thanks to Mak Tam (Weck's auntie) -for the "bunga/akar Fatimah"..
-Thanks to Weck also for everything.. "keredhaan mu ku harapkan syg.."

**tiap2 mlm weck baca al-quran dan yassin untuk aku dan baby.. alhamdulillah syukur.. dari awal aku pregnant, sampai sekarang tiada sebarang masalah terhadap diri dan kandungan.. tiada mengalami kekejangan seperti yg dikatakan.. cuma kini,aku sedang mnunggu masa 'beraksi di labour room'..huhu.. moga dipermudahkan segalanya..




18 October 2010

Kenapa pilih Mustika Ratu?

"mama bukan pandai sangat.. sikit2 tu ok la kut.."

Haha..cool kan mertua aku?

Mak?
Kenapa x berpantang ngan mak sendiri?
: ehh..aku x mcm korang..ade mak kandung..huhu..
genap 14 tahun dah mak aku mninggal, since aku umur 9 taun lagi.
Ya,bapak aku kawin baru 5taun lepas.. tapi step mum aku tu keja..
xde masa kut nk jaga aku nnt..
nenek?
hmm..x berapa larat dah org tua tu..kesian aku tgk..
tapi still minta petua sikit2 drpd dia..


jumpa ini di Jaya Jusco! Rm 160.00
satu set percuma dgn traveller bag!
*beg x ditunjukkan disini..hehe..sorry..

Dah lama dok pikir n survey satu mesia produk apa yg ok
dan paling ramai puas ati ngan produk yg dipilih..
hasilnya :

Sendayu Tinggi,
Mustika Ratu,
Nona Roguy,
dan
lain2 jenama..

Mulanya,aku nk beli Ammys 60 day's set bersalin tu..
dah tu masa shopping barang2 baby kat jusco.. husband aku tunjuk kat aku
benda ni.. so terus proceed ke kaunter payment je la memandangkan
aku dah xde masa nk g jumpa dealer yg lain2..
besides, mustika ratu mempunyai ranking yg tggi gak pengguna dia..
hmm..disertakan CD skali cara2 pemakaian jamu tu..
quite easy juga, dan aku sukakannya!


**ramai yg duk 'curse' aku bila aku ckp kandungan aku dah masuk
minggu ke 36 (9 bulan genap)..

"dah x lama dah kau nih..minggu depan keluar la tuu.. betull..
percaya la ckp aku..ko tggu je laa.."

Aku : Hampeh! *padahal dlm hati berbunga2 x sabar..hehe..


Kemuliaan Wanita Hamil & Ibu

Keterujaan yg biasa bagi ibu2
yg hamil anak yg sulung seperti aku.. :)

baru balik keja je..mkn..dan makan..hehe..
perut mcm tu je..iskk2
wajah kesayangan hamba..


Kemuliaan Wanita Hamil & Ibu dalam Islam..

Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan
1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

Dua rakaat sholat wanita yang hamil lebih baik dari lapan puluh
rakaat solat wanita yang tidak hamil
. Wanita yang hamil
dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah SWT. mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad
pada jalan Allah SWT.Wanita yang bersalin dapat
pahala tujuh puluh tahun sholat dan puasa serta setiap kesakitan
pada satu uratnya, insyaa Allah bagai mendapat satu pahala haji.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti saat ibunya melahirkannya
.
Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa empat puluh hari
selepas bersalin ia dianggap sebagai mati syahid.

Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya
akan dapat satu pahala dari pada tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis
maka Allah beri pahala satu tahun pahala sholat dan puasa.

Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh dua setengah tahun
maka malaikat di langit khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan
dua puluh orang hamba.


Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya
yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri dua belas tahun pahala ibadah.



15 October 2010

I'm selling my Nokia E71!

Yes,I'm selling my Nokia E series.



Nokia E71
White Edition


- Used E71
- AP set
- Zitron version 100% Good Condition!
- Come with screen protector and cover, fullset.
- Qwerty pad, wi-fi,mp3 n build in camera 3.2 megapixel.
- Infra-red and bluetooth connectivity
- Build in radio am/fm

FOC:

-Nokia car kit charger
-Headset
-Micro mini SD stick, capacity : 2GB


Selling for RM 550 - SOLD!

Any inquiries or Interested please email me at : ainiladly@yahoo.com | ainiladly@ijn.com.my


13 October 2010

Booking tiket ke Melbourne

Melbourne or Gold Coast??


Hey..
aku melepak dpn pc dgn kaki bersilang..
manakala si suami aku monster gaming tu
sibuk dari td main layan ps3 game God Of War III
haishh..nk ajak discuss pasal next vacation ni,
kemain dengor tak dengor je dia..
tapi dia yg esaited ajak aku plan..
Melbourne
best gak tu..Australia..
Gold Coast
best gak.. layannnn...
ntah nk honeymoon bebanyak kali nih?
anniversary pun lagi 2 bulan nk celeb!

nk continue survey2 dua pilihan ni..
adehh.. x sabau nk bawa lil baby ober sea.
haha..dasat tul, x sedau lagik 4 weeks nk bersalin..
muahaha.. ade mak kesah? haha.. dah cukup bersedia ni..
x sabo nk push2 noks..haha.. :)


*currently listening : Usher- Burn

Breast pump n me?

Ingat x pasal Medela Breastpump Freestyle yg husband aku duk buat surprise order dari U.S tu? Ianya dah selamat sampai ke tangan aku! Dah lama dah nk update pasal ni since nephew dia balik dari US awal bulan hari tuh..


1 traveller bag
1 bottle storage bag
4pcs milk bottle
1pcs cooler ice pack
electronic pump
4pcs strap for bra's
2pcs nozzle pump
1 charger
1pcs nipple




Esaited x hagak2 la kan.. dah busband aku sibuk suh buka cepat2 barang tu. Aku dgn perasaan teruja kununnya berazam nk fully breastfeed for lil baby.. huhu.. *ber'azam tu.. :)
Paling kelakar masa dah buka tu, husband aku baca manual..haha..*dia plak sibuk2 nk baca.. haha.. pastu siap try kat breast dia.. muahaha..mmg lawak gila bila tgk nozzle breast pump tu duk pump breast dia yg cinonet tuh! hahaha.. Pastu turn aku plak nk try.. perghh..mmg selesa gila.. hmm, maksud aku menda alah breast-pump tu laa.. the way dia 'sucking' lorr.. mmg selesa gila! haha.. tak tau la kalau dah beli harga memahal mcm tu pun still x bagus..mmg aku jual balik la gamaknya.. muahaha..

Baru tau Medela punya service centre kat ampang! hhaha..bole la nk beli or order kat situ next time.. senang n direct terus kat situ ek..

**thanks to my husband sbb menemani aku swimming mlm td.. rasa happy berendam dlm air.. ringan je badan.. dan kerana leka berenang n kuak lentang bagai.. kesakitan kaki,lenguh2 smua hilang! pagi ni sungguh bertenaga! haha..mlm ni nk swimming lagi bole? hehe..




08 October 2010

My 35th weeks pregnancy diary

Wahh.. ToO many invitation on weekend! So sorry if there's so much things were not updated. But dun worry guys..i'm not into labour yet..haha.

Sneek peek on 35 weeks fetal development..
they said, 99% babies born at weeks 35 CAN survive outside
the womb, and most have NO major problems, his lung are nearly
fully developed by now!





tick tack toe!


gambaran dlm perut 35 weeks!


Sabtu lepas check up as usual, n the latest little baby in my womb update as below :

  • baby weight : 2.2kgs
  • gnae said "kaki dia panjang.."
  • memiliki dahi yg luas --sama mcm daddy dia!
  • baby sedang masukkan tgn dia yg comey dlm mulut..
  • his genital jelas kelihatan (XY) -gnae mmg x jemu confirmkan parents ttg gender tiap kali appointment.
Berat aku currently : 48kg!! whoaa..another 4 weeks to go.. dup..dapp..dup..dap..



**Ade gak tgk video org bersalin dlm labour room.. sang suami ku itu xde plak bg reaction rasa geli,takut or else.. cuma dia dpat rasakan kesakitan ibu2 yg bakal bersalin tu.. harap2 dia ok je masa tgk aku bersalin anak dia secara "LIVE" nnt.. haha..


Melayang.

Ianya mmg dah tertulis dari aku belum diwujudkan.

sedih. gembira. sebak. terharu?

kenapa mcm ni? mengapa harus berperasaan begini?
Melayang..
lenyap tiba2..
manusia berubah apa masa yg berubah?
perjanjian yg x tertunai antara kau dan aku dibiarkan bisu.
tak pernah lenyap sedikit difikiran
sesekali basah dipipi seakan meratapi kesilapan sendiri.
Maha berkuasa. penentu segala.
bertemu di alam lain dgn situasi yg berbeza.
KAU. AKU. dan DIA.. karma.
kehilangan, tapi terpahat namaku disitu?
seribu pertanyaan utk mindaku yg agak bersawang..
ku andaikan itu tanda kau menghormati dan mengingati aku.
Terima kasih untuk itu.
atas segalanya..
tetap dihati bagaikan puteri..
muncul bagaikan misteri
comel! aku terpaku disitu.
kadangnya "ahh..tak mungkin!"
ku biarkan MELAYANG lagi..

aku tetap yg sama.
A.D.L.Y : *(bermaksud ) : Adil




27 September 2010

Open house & Wedding Invitation

Haha..mmg best raya kali ni. Tambahan lagi aku yg dipenghujung kehamilan dan juga saat2 dihujung bergelar "mak buyung" tak putus2 dijemput beraya, open house, wedding invitation.. mmg jimat bulan ni gamaknya..hehe.

Sabtu : bangun se-awal 8 pagi,mengemas main hall n dining, jam mnunjukkan kul 10am,dah start ber-konvoi ngan member2 ke putrajaya,raya rumah ida ( wifey member se-department my hubby ) yg juga hamil dan mnunggu 1 mggu lagi bakal bergelar "mummy n daddy" -beraya kat rumah diorang before heading to Nilai (seremban) Open house rumah member opis hubby aku. --"mencekik,mentekedarah,melantak..dan sewaktu dgnnya..itu keje aku skrg..haha. But still memilih jenis makanan..supaya nnt x over weight kan..mlmnya plak g wedding kat Dewan Keramat,wangsa maju. -Mkn lagi...

Ahad : 10am,gerak dari rumah berkonvoi hari kedua ke Gombak.. mcm biasalah, mesti ade sesat jalan or silap rumah sbb 1st time nk g beraya rumah member yg jejauh ni. Letih + sakit perut gelak wehh.. Pastu shoot pegi Shah alam plak,makan2 lagi..borak2 lagi..dan makan lagi.. muahahaha.. pastu tpaksa rushing balik rumah sbb member2 nk dtg beraya rumah aku. Pergghh..mmg husband aku membawa kereta ala2 J.Button la kan..haha.. merempuh jammed lagi..


wahh..air sejukkk..

Shakir & Wife
Selamat Pengantin Baru

aku suka pelamin ini!

Mr & Mrs White
*(mcm dlm Cluedo la plak..hehe) ramai komplen kt aku :
"eh..8 bulan mcm 5 bulan..!"

Mummy & Daddy-to-be in action!

One of my cousin tought, aku pakai baju nikah!
haha..baju nikah lagi cantik dr baju ni dear..hehe..
mak buyung pun nk melaram kann..huhu..

si budak manja..rambut "still standing"..haha..



18 September 2010

Mak buyung melaram : Smokey eyes!




Yes! ini adalah entry sambungan
yg aku janjikan ngan korang last weeks
ttg tutorial : smokey eyes dipagi raya!

Smokey eyes yg aku tunjuk ni
adalah basic way dgn mggunakan kaler
silver n black.


Tools yg aku gunakan.

silver electra frost MAC

asphalt black matte MAC

marine life high-light powder

clearkan sebarang kekotoran,
dan sapu sedikit cream base utk kulit anda.

1st,by using this brush..start sapu black eyeshadow
half of ur eye lids same as pic above.

2nd, start sapu silver eyeshadow from inner to outer
your eyelids. Tapi jgn sampai menutupi black eyeshadow td.
pandai2 u'olls la nk alter camno pun.

3rd, buat curves balik guna black eyeshadow td
supaya lebih terang smokey eyes you oll's.

4th,your eyes will look like this! if u'olls nk black tu lebih smooth,
guna brush bulat yg bersih,pastu just blend je hujung eyelids tu.
nampak smooth je n x comot.


dgn mggunakan berus muncung tirus,
sapukan black eyeshadow suku dr kelopak mata bawah
agar mata anda nampak more dramatic.

sapukan eyeliner pd kedua2 eyelids anda
agar mata nampak more brighter dan maskara juga.

sapu blusher pd pipi, diingatkan supaya jgn terlalu
merah,kang mcm badut plak.. cukup sekadar lite pinkish
supaya nampak adorable..n siap!!

pakai lipstick nude color supaya kelihatan
natural je n rasa muda..kui3.. then gayakan rambut anda
mengikut kesukaan anda. Aku suka pony tail je.

pada yg berhijab,just sarung je tudung ekspress ni!
kan comey jek!

15 September 2010

7 minggu lagi?

Pregnancy update
8 months pregnant.


Seronoknya bila tgk member2 sorang demi sorang selamat melahirkan baby.. Aku pun tumpang gembira dgn kehadiran 'org baru' dlm keluarga mereka.. Ada juga yg aku sempat bg hadiah.. ade juga yg x sempat nk bg hadiah sbb memasing jauh..smlm je member aku kat ijn ni selamat melahirkan bby. Sungguh comel anak dia..hehe. Tahniah kak shima & Abg Ariff! ~beliau menamakan anak mereka sbg Aidid. (ade ala2 aidilfitri..hehe..)

Update perkembangan baby n me : (yey..lebih kurang 7 minggu je lagi..)

- berat aku currently 48.3 kgs (berat asal 39kg - now : 48.3kg = 9.3kg increased! )
- perut makin tegang n mengeras
- pergerakan baby adalah sangat aktif! *baby boy mmg nakal eh dlm perut,tendangan padu yg kdg kalanya x tahan mak...nok!
- Contraction (Braxton Hicks) kerap melanda, kdg2 tu sampai 4-5 kali dlm 1 hari *sakit gak.
- Stretch mark or belang2 harimau : tiada kelihatan so far..huhu..
- Breast plak da start mem'produce' cecair colostrum. Usik sikit dah kuar..hehe.
-Rajin yg x terkata.. asik nk buat itu ini x henti2..
- Kaki, pinggang makin sengal dan x bley nk duk atas lantai n berdiri more than 10 minutes, unless aku berjalan2 or bershopping..haha..x hengat donia!
Ohh..nnt aku update lagi..
Next entry topic : Bila ibu mngandung start melaram..

13 September 2010

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat smua warga blogger skalian!
sorry yg amat sangat sbb banyak yg x berupdate! Tapi akan kulangsaikan smua
hutang yg dah aku janjikan dlm entry yg aku dah sebutkan selepas ini..huhu.
Wahh..raya tahun ni amat la sibuk buat aku dan family..
memang totally happening gle! so..mmg x sempat nk bawa lappy balik.
Nak post new entry guna blackberry kuh ini pun x sempat.
Msg/cll/email masuk mcm air kat dlm phone..so jgn harap dpt bukak smua
wishes or apapun.

1st raya :

-bangun seawal 5.30am : mandi,bersiap2 n tggu adik juga suami utk ke pusara ibu.

-berkumpul seramai 11 orang adik beradik aku x termasuk ipar duai suma,beratur untuk bersalaman dgn ibu dan ayah serta sesi penggambaran adik beradik aku smua bersama2 suami, isteri dan anak masing2.. -i just love that moment!

-menjamu selera, ketupat rendang,lontong dirumah sbelum jalan beraya..

-Adik beradikku berkonvoi dgn kenderaan masing2 menuju kerumah nenek utk beraya. Pastu sesi beraya rumah ke rumah oleh kami smua dgn berjalan kaki shj. - love that moment too! (sbb tiap2 taun mmg mcm ni la xtvt kami!)

-petang : xtvt sendiri bersama suami dan isteri serta anak2 masing2..beraya x ingat dunia.. :)

2nd raya :

-beraya dirumah mertua

-x kemana2 pun sbb tetamu dtg mcm air..membanjiri rumah..sampai mknn x cukup! mlmnya barulah ade masa nk kuar beraya..

-balik rumah dlm kul 12.30pm! baru abis beraya! haha..

3rd raya :

-bangun kul 8pg.. sarapan pastu lepak2 dlm kul 12 gerak beraya kerumah member sebelum gerak balik ke KL dan menghadiri open house rumah cousin husband.

-3pm gerak balik lalu LEKAS highway,tapi stuck in a traffic jammed kat senawang almost 2 hour! kul 5pm baru sampai rumah cousin hubby n mkn2,lepak2..

7.30pm : Home sweet home!!

Sesampai je rumah my husband ckp :


"eh..kita x beli balang kuih lagi.. bb bila kita nk g shopping bekas kuih ngan brg2 bakal baby kita?? "



**penat blom ilang dah sibuk nk g shopping bagai..esok dah la aku kije..cett..spoiled mood aku bila teringat yg aku sedang bekerja sekarang ni! "


07 September 2010

Make up n Me


It's been an ages aku x post pasal..
"Make up n Me"
tapi kali ni.. aku nk sambung balik..
last entry aku pasal make up n beauty tips!
bulan 8 tahun 2009!
haha..click ->make up tips<- utk baca entry -how to apply an eyeliner!
in a basic way la lagipun..


Memandangkan we still got 2 more days left
before celebrating Hari Raya Puasa..
Aku akan buat special entry :

Tutorial Smokey eyes for Gorgeous look
on Hari Raya!

> kne tggu next entry okay!<


M.A.C

A part of my fav collection!
latest skali, aku beli blusher
"The beach collection" limited edition yg
berkeluaran HIJAU!
Mmg superb combination dia..
nice on my cheek! Korang try la!
Rm90 jek! *jgn kedekut sgt nk kuar budget utk cantik..hehe..
talak rugi punye woo.. biasanya promoter kat
M.a.c kat mid valley tu suka bg aku free gift kalau
beli dlm 2-3 item. Dan utk kemudahan kita juga..
M.a.c akan simpan details pembeli dan list brg2 yg kita beli,
ianya utk memudahkn kita juga, kut kalau kita nk dtg beli lg..
so mereka ade simpan recent item yg kita beli.
Mudahkan?? nice one!

Ntah..aku x kisah pun pasal cosmetic product ni..
either it's the cheap or the pricey one..
tapi aku lebih suka tekankan ttg..

"how to use,n how to match it on our lovely skin"

Up to u'olls la nk guna apa pun..
asalkan ianya cantik n bersesuaian dgn kulit!
kalo beli memahal tapi x pandai pakai pun x guna.
Btul x?? dan produk local pun x kurang hebat kualitinya..
kalau pandai pakai n gayakan..mmg meletup juga hasilnya!
apa pun tiap2 wanita pasti punyai keinginan utk cantik.
Tapi sifat ingin mencuba dan jadikan diri sendiri kreatif
sangat la diperlukan. Jgn duk ckp yg "aku x pandai.."
smua mesti ada usaha untuk majukan diri lorr..
"Try n Error"
lambat laun hasilnya mmg
tidak mengecewakan!
asalkan kita??
c.u.b.a!


to be continued..


06 September 2010

my simple Chicken Chop

hey peeps!
hari ni berbuka apa jek?
aku hari ni agak malas nk masak lauk..
so aku decide nk masak western je.
Dah alang2 my husband pun stujus dgn idea aku,
so hari ni kami berbuka ala2 western!

tapi aku x mau rumit2 kn kepala
ttg masakan dan cara2 yg rumit..
so..aku hasilkan ini!

.
.
.
.
.
.



Super Simple Chicken Chop bersama
coleslaw yg lazat ala2 KFC dihidang bersama air bandung!

Bahan2 tuk coleslaw :

kobis putih
lobak merah
mayonis
susu tepung penuh krim
gula pasir
garam
cuka

Cara2 :

-hiriskan kobis dan carrot
(letak dlm tupperware sebentar dlm peti ais)
-campurkan mayonis, gula garam, susu tepung, gula pasir,
dan cuka sedikit kedalam satu mangkuk.
-sbaik2nya gaul guna mixer!
-tuangkan ramuan yg sbati tu dlm mangkuk kobis td
dan gaul sampai rata.
-simpan dlm peti ais utk beberapa ketika sebelum mkn.

*tanda2 coleslaw dah matang or sedap tuk dinikmati
ialah, coleslaw tu nampak berair sedikit dan rasa dia lebih smooth.
Bagi yg nk more creamy..buh la susu tepung tu lebih sikit..


utk ayam bersalut :

drumstik ayam -di buang tulang tgh dan ditoskan.
serbuk rosemary -1/2 sudu
black pepper -1/2 sudu teh (digiling halus)
putih telur - beat well
tepung kfc (gaul bersama tepung jagung sedikit)

cara2 :

-perap ayam bersama rosemary, black pepper,
(atau anda boleh guna serbuk paprika juga)
-lepas perap ayam 30 minit, celup ayam dlm putih telur
dan sadurkan tepung pada ayam td.

dan sedia digoreng dan dihidang bersama fries!!

**Utk gravy plak.. aku guna yg instant punya je!
iaitu brand : BISTO brown sauce! sedap!



05 September 2010

Masak lodeh -Pmintaan si suami!

Hari ni aku bertungkus lumus mengemas rumah dan mendekorasi rumah sempena Hari raya Aidilfitri yg makin hampir ni.. esok dah start keje , khamis ni dah bertolak balik kampung. So aku n husband plan nk mengemas dan susun atur perabot comey2 memandangkan dah xde masa nk kemas, kalau esok atau lusa balik keje je, aku bet mesti penat gle sampai xde masa nk kemas dah.

Sejak smlm lagi husband aku dok request nk berbuka "LODEH".. ayat beliau :

"bb.. i terasa nk makan lodeh laa.. tapi mama ajak berbuka rumah dia.. mama ajak berbuka sama sbb hari ni dia masak nasik kukus.. tapi i nk makan lodeh.."

Dah kalo mcmtu, esok je la masak kan?? *(means hari ni la..) So..kesimpulannya hari ni aku masak la lodeh seperti yg diminta..


seperti biasa..bebahan yg diperlukan..

jerang santan dan masukkan bwg,lengkuas,
halia dan serai..(aku mmg suka masak lauk berkuah dlm casserole ni
sbb rasa dia classic sikit!) periuk tanah no 1 !!

dah mendidih..masukkan sayur spt kacang panjang,
kubis,carrot (sayuran yg keras2 terlebih dahulu..)
pastu masukkan suhun,fucuk,tempe dan tauhu dipotong dadu..
last skali buh la garam scukup rasa dan siap!

sambil tu aku buat Tauhu Sumbat dan sos skali!
it's one of my fav!!

my husband siap buat additional request nk sambal
ikan bilis skali! aku layankan je!


Some pic in the making mcm x complete je kan?
itu disebabkan aku masak mmg mcm lipas kudung..
berkerja sorang2 kat dapur..manalah nk details sgt step by step..
haha..dah siap baru tringat nk amik pic itu ini.. hope u'olls enjoy okay!



topic yg lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...