15 March 2010

Aku tetiba jd emo sbb ade sorang mamat ni ckp aku da makin chubby! Aku ckp arr..aku x pregnant..then dia ckp,bukan masalah tu..masalahnya u ni makin kembang pipi tu.. Aku rasa nk menjerittttt!!! then mamat tu ckp,serious..dia x tipu! Arrggghhh..aku tension!! nk kurangkan berat badannn...

TAPI...*tetiba akhbar utusan keluarkan topic ni.. cam siol je..






penghidap anoreksia melihat imej diri yang gemuk di hadapan cermin.

mary kate olsen x mengaku..

penyakit ini mula mendapat perhatian dunia selepas kematian seorang model Brazil Ana Carolina Reston, 21 tahun akibat anoreksia.

Namun dalam penyelidikan sainstis di Amerika syarikat mendapati otak pesakit anoreksia adalah berbeza dengan mereka yang bebas anoreksia, ini dibuktikan didalam kajian mereka dengan mengambil sekumpulan pesakit anoreksia dan

sukarelawan yang bebas anoreksia, dalam beberapa aktiviti yang dijalankan mendapati pesakit anoreksia gagal memperoleh kemenangan, disisni menunjukkan prestasi otak diantara pesakit anoreksia berbeza cara atau corak pemikiran berbanding mereka yang bebas anoreksia.

Namun masih lagi tidak dapat dipastikan, adakah penyakit ini terjadi kerana mereka terdedah kepada imej model yang terlalu kurus atau terdapat kecacatan pada pembangunan otak samaada obses dgn kehidupan zaman lampau yg gemuk atau fobia diejek gemuk pada satu ketika dulu..

So, cara yang paling baik kita berusaha mengekalkan tahap kesihatan kita dgn mengamalkan pemakanan yang seimbang dan yang paling penting sihat bukan kurus.

:

:

:

:

:

Petikan dari Akhbar Utusan


Pensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Kesihatan dan Sains Semulajadi, Kolej Universiti Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Tam Cai Lian berkata, anoreksia mempengaruhi lelaki dan perempuan, tetapi bilangan perempuan jauh melebihi lelaki dengan nisbah 10:1.

Anoreksia kini menjadi satu masalah psikologikal yang meningkat ketara khususnya di kalangan remaja.

“Ia merupakan kecelaruan pemakanan yang mengancam nyawa dengan ciri-ciri seperti ketakutan melampau terhadap berat badan yang meningkat, sentiasa mengharapkan penyusutan berat badan yang banyak,’’ ujarnya. Menurutnya, golongan ini sanggup menahan lapar dan sengaja mengurangkan selera dengan tujuan memperoleh bentuk badan langsing dan mengghairahkan, jauh berbeza daripada biasa..

“Sekiranya komen diberi mengatakan mereka terlalu kurus, penghidap anoreksia tidak akan mengakuinya"

Antara tanda 2 :

* Walaupun telah mencapai berat badan yang diidamkan tetapi masih menetapkan matlamat mengurangkan berat badan yang seterusnya

* Sentiasa tidak puas hati dengan penampilan diri walaupun berjaya menguruskan berat badannya

* Lebih suka mengurangkan berat badan secara bersendirian berbanding dalam satu kumpulan

* Hilang kitaran haid

* Mengambil makanan yang luar biasa secara senyap dan dalam jumlah yang amat sedikit

* Bersenam secara melampau.


__ aku baru je berazam nak kurangkan berat bdan secara melampau..terus je batalkan niat.. __ sesiapa saja berisiko utk dpt penyakit ni sekiranya niat utk menurunkan berat badan secara obsess. Sayangi diri anda!

topic yg lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...