27 March 2014

Marriage

Marriage Life



Skrg ni majlis kawen punya invitation mcm cendawan. Well Alhamdulillah i'm happy to hear that. Yelah..sunnah Rasulullah kan..

"Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani bertapa - hidup membujang". -Di Riwayatkan Sa'ad Bin Abi Waqqas

Tak kurang pula bilangan kes perceraian laporan dari jabatan agama wilayah, tiap2 jam yg berlalu pasti ada kes perceraian yang berlaku.

-Disini bermulanya penulisan aku, setelah aku lalui merasai sepak terajang hidup, masalah2 yg sering dihadapi oleh kita sbg pasangan suami isteri.

-Jika dipandang semula masalah2 itu, cuba kita berfikir sejenak..kat mana kita letak (iman & agama) kita?
 sure dah keLAut! Bermula dgn satu isu > kemudian perbalahan/pergaduhan > bercanggah pendapat > tinggi suara > mencaci-maki > terpacul CERAI sbg jalan akhir.

-Kita lupa semua pak aji, Imam, Ustaz/Ustazah yg bebel psl ilmu alam perkahwinan serta permasalahan yg mendatang. Sbb apa kita lupa? Sbb kita dah jauuhhhhhhh dari rasa 'keimanan'.

-Back 2 basic! Pada pencipta kita yg Maha Agung iaitu Allah SWT.

-Aku mula sedar bahawa setiap yg berlaku adalah dtgnya dari diri sendiri, maka apabila kita dlm keadaan Berduka - disaat itu Allah berada dekat dgn kita. Tapi sbb banyak perkara y melalaikan diri, aku dgn angkuhnya berjalan atas dunia Allah dgn muka selamba tanpa menyedari Malaikat Maut mengintai aku sebanyak 70 kali dalam satu hari. Nauzubillah..

-TAPI!! Allah juga x jenuh bg aku peluang utk merasa hidayahNYA tiap kali aku tersentak dari kelalaian rutin seharian. Allahuakkbar, kerdilnya aku dan betapa hinanya aku pd NYA dgn sengaja memesongkan jalan yg lurus.

-Terus berdoa dan berdoa, agar aku berubah kearah kebaikan dan moga menjadi wanita yg mempunyai maruah tinggi. Amin ya rabb.

-Soal perkahwinan pula aku berpendapat.. : Perkataan perkahwinan itu adalah bermaksud ::

"Persediaan diri bagaimana untuk melalui ujian (dugaan) ALLAH pada masa yang akn mendatang samada kecil atau besar"

- Pada aku, masalah/pergaduhan/arguing di dlm rumah tangga tu biasa terjadi. Tapi bila kita bertengkar kita lupa knp ada nya atau wujudnya pertengkaran sedangkan kita mmpu slow talk utk settle kan mslh, dan kembali mengingatkan diri bahawasanya UJIAN ALLAH sdg bermula! Dan kalau aku sbg seorang isteri, mesti tahu akan batas2 seorang isteri iaitu : Sabar dan jgn luahkan kata2 pedas dan bersifat kurang ajar yg mampu menaikkan kemarahan seorang lelaki yg sememangnya BARAN.

-Aku harap catitan aku kali ni mampu membuka mata kita, esp kaum hawa/isteri.

-Tiap2 masalah pasti ada penyelesaiannya. igtlah ALLAH BENCI PERCERAIAN!

So u guys nk dibenci ALLAH ke??

Astaghfirullah..moga dijauhkan. Aku masih lagi bertatih2 lagi dlm alam perkahwinan ini, moga Allah merahmati perkahwinan ini. Aku juga akn terus berdoa semoga Aku dan Weck n Anak2 Bersatu lagi diAlam Syurga sekiranya kisah bahagia kami habis dibumi ALLAH. Aamin.



Blue_via ip5s

topic yg lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...