09 August 2012

20 Ramadhan 1433H (Muhasabah)

Drpd kita update entry yg meriakkan diri yg terkadangnya menimbulkan perasaan iri ati kpd org lain.. lebih baik kita beramal dan bermuhasabah diri. Tambahan pula Ramadhan yg mulia ni tggl beberapa hari shj lg sebelum terbukanya pintu neraka yg ditutup oleh SWT dgn serapat2nya sepanjang bulan yg mulia ni. Allahuakkbar!

IMAM GHAZALI = "apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 = "Kapas"
Murid 2 = "Angin"
Murid 3 = "Debu"
Murid 4 = "Daun-daun"

IMAM GHAZALI = " Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan keduniaan, kita tinggalkan solat "

IMAM GHAZALI = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang!! "

IMAM GHAZALI = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


*untuk peringatan kpd diri sendiri juga. :)

No comments:

topic yg lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...