05 September 2011

Dipenjara gigi (braces)


Mmg lawak kalau kita sendiri imagine yg gigi kita berbesi mcm dlm citer "Ugly Betty".. haha.. ngeri la plak pikir yg gigi ni bakal berbesi. Adehh..bukan setakat huduh je dilemma pikiran aku nih, tambah plak lagi rata2 pengguna besi ni mengaduh sakit dan sampai kuwus sbb suffer! Ohh..sabar ye ain. Kau kan suka tahan dan menikmati rasa sakit? haha..ayat mcm harem jek.

Tapi tu x mematahkan semangat aku tuk memakai besi tu pada gigi..
Dan salah satu alasan yg paling mematikan perasaan takut aku terhadap sakit atau malu bila bergigi besi..iaitu, gigi aku cepat rosak kalau x buat braces! Dan thousand thanks la kat weck sbb support your wife bergigi besi! haha..

Imam Al-Nawawi rh memberi pendapat terhadap hadith yg menjelaskan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

## Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.









--Bukan sbb cantik yg aku kejarkan, tapi disebabkan masalah gigi bertindih aku yg kerap sangat ke dentist sbb suffer sakit gigi,cabut dan tampal..membuatkan aku letih dan sakitttt disamping kos cabut gigi sebatang 70-90 ringgit! Nasib baik IJN bagi claim dental!



topic yg lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...