27 November 2012

Bayi 2 bulan mati tercekik biji rambutan (Peringatan!)

Bismillahirrahmanirrahim..

Terkejut dgn BH news psl baby 2 bulan tercekik biji rambutan yg disuap oleh abgnya yg berusia 2 tahun. Astaghfirullahallazim, La haulawalakhuwwata illabillah.. bagai nk luruh hati ni baca berita tu. Ayahnya yg sedang leka bancuh susu didapur, yg semasa tragedi itu berlaku memberi anaknya yg berusia 2 tahun tu rambutan, tapi anaknya itu menyuap adiknya yg menangis dahagakan susu, dan tercekik biji rambutan tersebut sebelum menghembuskan nafas terakhir. Innalillahiwainnalillahirajiunn..

Hebat sungguh dugaan yg menempuh dirimu wahai ibu! Allah swt lebih menyayanginya, insyaAllah, bertemu lg kita di alam abadi.

 P/s : adalah menjadi peringatan kpd kita wahai kaum ibu, anak itu kurniaan sementara dr ALLAH SWT. Jika kita lalai menjaganya, Allah akan turunkan ujian pelbagai rupa terhadap kita.. dan sekiranya kita masih x nampak atau masih lg membutakan mata atas tragedi sedih yg berlaku sebelum ini..maka ALLAH SWT akan ambil semula anak yg di amanahkan kpd kita.

Allahuakkbar.

  Al-fatihah.

topic yg lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...