18 October 2010

Kenapa pilih Mustika Ratu?

"mama bukan pandai sangat.. sikit2 tu ok la kut.."

Haha..cool kan mertua aku?

Mak?
Kenapa x berpantang ngan mak sendiri?
: ehh..aku x mcm korang..ade mak kandung..huhu..
genap 14 tahun dah mak aku mninggal, since aku umur 9 taun lagi.
Ya,bapak aku kawin baru 5taun lepas.. tapi step mum aku tu keja..
xde masa kut nk jaga aku nnt..
nenek?
hmm..x berapa larat dah org tua tu..kesian aku tgk..
tapi still minta petua sikit2 drpd dia..


jumpa ini di Jaya Jusco! Rm 160.00
satu set percuma dgn traveller bag!
*beg x ditunjukkan disini..hehe..sorry..

Dah lama dok pikir n survey satu mesia produk apa yg ok
dan paling ramai puas ati ngan produk yg dipilih..
hasilnya :

Sendayu Tinggi,
Mustika Ratu,
Nona Roguy,
dan
lain2 jenama..

Mulanya,aku nk beli Ammys 60 day's set bersalin tu..
dah tu masa shopping barang2 baby kat jusco.. husband aku tunjuk kat aku
benda ni.. so terus proceed ke kaunter payment je la memandangkan
aku dah xde masa nk g jumpa dealer yg lain2..
besides, mustika ratu mempunyai ranking yg tggi gak pengguna dia..
hmm..disertakan CD skali cara2 pemakaian jamu tu..
quite easy juga, dan aku sukakannya!


**ramai yg duk 'curse' aku bila aku ckp kandungan aku dah masuk
minggu ke 36 (9 bulan genap)..

"dah x lama dah kau nih..minggu depan keluar la tuu.. betull..
percaya la ckp aku..ko tggu je laa.."

Aku : Hampeh! *padahal dlm hati berbunga2 x sabar..hehe..


Kemuliaan Wanita Hamil & Ibu

Keterujaan yg biasa bagi ibu2
yg hamil anak yg sulung seperti aku.. :)

baru balik keja je..mkn..dan makan..hehe..
perut mcm tu je..iskk2
wajah kesayangan hamba..


Kemuliaan Wanita Hamil & Ibu dalam Islam..

Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan
1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

Dua rakaat sholat wanita yang hamil lebih baik dari lapan puluh
rakaat solat wanita yang tidak hamil
. Wanita yang hamil
dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah SWT. mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad
pada jalan Allah SWT.Wanita yang bersalin dapat
pahala tujuh puluh tahun sholat dan puasa serta setiap kesakitan
pada satu uratnya, insyaa Allah bagai mendapat satu pahala haji.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti saat ibunya melahirkannya
.
Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa empat puluh hari
selepas bersalin ia dianggap sebagai mati syahid.

Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya
akan dapat satu pahala dari pada tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis
maka Allah beri pahala satu tahun pahala sholat dan puasa.

Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh dua setengah tahun
maka malaikat di langit khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan
dua puluh orang hamba.


Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya
yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri dua belas tahun pahala ibadah.



topic yg lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...