28 April 2011

Please help me!

SITUASI 1 :

Aku nak tempah baju! Tapi area KL ni aku x tau butik/tailor yg bagus dlm jahitan. (sbb aku dah serik nk tempah x tentu hala..abis da tiap2 taun baju aku jahitan senget la..pendek la..benci! benci! benci! Ade tak U'olls yg nak suggest kat mana yg bagus? Nak tempah baju raya aku, suami dan anak.

SITUASI 2 :

Ade x antara u'olls yg tau kat mna ade butik or kedai sewa baju utk dinner company aku 13 mei ni? Tema dinner : Gemilang Jalan Ampas, 50an.

--kut2 korang ade yg baik hati nak derma/pinjamkan baju2 tok nenek taun 50an tu.. sila la drop comment kat sini ye.. huhu..


Itu je..sekian terima kasih!


**p/s : tiba2 nak buat giveaway! hehe..

25 April 2011

Adam Danial 5 monthsary & Ingin hamil lagi?

Masa cepat sangat berlalu..

Happy 5th Monthsary syg..

Smlm masa berborak2 ttg telatah si kecil adam danial,
weck tetiba ckp kat aku sambil tersenyum..
"bb..nnt kalau kita dah betul2 rindu suara baby kecil..baru kita buat anak lagi nak??"

##aku ckp "Ohh..okey je" (hahaha..mmg kelakar sangat2 statement tu..tapi itulah hakikatnya kehidupan bila kita mula merancang ttg masa depan..)

Layan je la si kecik ni..



pandai bebel kekuat sorang2..

merengek kalau org takmo dukung dia..

suka buat camtu bila org amik pic dia.

  1. dah pandai merangkak dgn cemerlang sambil menonggeng2..
  2. suka melonjak2 kaki bila merangkak/kita pegang dia..
  3. dah start nk pandai nak memanjat! (ini aku risau..)
  4. suka masuk tgn dlm mulut sampai terjolok tekak.
  5. masih mnyembur air liur


**itu je toddler dia sepanjang 5 bulan ni. Yg latest achievements dia no 1 ngan 3!

much love,

Mr & Mrs weck.


22 April 2011

Yusry KRU intim dgn Lisa Surihani!

Whoaaa...kelass kau maria! Yusry tu mak punya okeh!
**kalo weck baca ni mesti dia piat tinga aku..kui3..


Dah la Lisa Surihani tu ramai sangat peminat lelakinya.. termasuklah cik abg aku pun si lisa duk kebas..hahaha.. tapi bg aku diorang ni mmg secocok! Aku mmg suka sgt! Harap2 hubungan ni kekal sampai ke akhirnya.. si Yusry duda xde anak.. si Lisa anak dara.. so mmg ngam! hehe.. Tak tau la kot korang ade yg nyampah dgn pasangan ni..huhu..


lisa yg comel! aku pun jeles..hehe..

dulu couple ngan maya karin.

tinggal kenangan je hubungan diorang..

Berikut adalah keratan akhbar metro artikel ttg Yusry & Lisa Surihani :
:
:
:
:


Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan SS hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya.

Depan mata rakan SS sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta.


korang : pikir la sendiri! hahaha..


21 April 2011

Supplement tuk susu badan yg banyak!!

Alhamdulillah,aku sudah hampir dengan bulan ke 6 dan masih lagi mengekalkan fully breastfeed pada si kecil Adam Danial.

Shaklee supplement *full pack (milk booster)



Breastfeed journey aku sangatlah enjoy.. Kalau kenangkan dulu, memula mnyusukan anak dihari pertama baby dilahirkan..pasti kekok bagi ibu2..sampai melecet2 nipples. But now,sangat enjoy bila time menyusukan anak!

Aku mngalami masalah ini :

Susu badan mula menurun akibat badan aku stress,letih dan faktor pemakanan yg x seimbang.. So aku try browsing Susuibu.com dan pelbagai lagi forum untuk mencari tips yg sesuai bg menambahkan susu badan.. Finally,berkat usaha aku..terbaca ttg testimoni drpd pengguna produk SHAKLEE dr blogger2 yg menjadi dealer..kebanyakan yg menjadi dealer Shaklee ni terdiri drpd ibu2 yg masih mengekalkan susu badan. Apalagi kan? aku sangatlah teruja dgn news tu dan terus bali trial pack selama 30 hari. (mulanya aku ragu2 takut xde perubahan..)

Hari pertama aku makan terus nampak dah kesannya! Satu hari aku pump waktu kerja dpt dlm 9oz.. tapi bila dah start mkn pil ni.. Susu yg diperah sepanjang berada di office skrg ni bertambah 2-3oz, dan membuatkan milk collection aku satu hari dlm 11-12oz! Mmg impress dan berpuas hati dgn supplement SHAKLEE! Serius aku x tipu!

Pasal stress? Letih? dan makanan yg anda makan selama ni x seimbang? TAK PERLU RISAU lagi.. dgn trial pack yg diberikan mengandungi 4 jenis pil terdiri drpd :

B-Complex
Mutivitamin (Vitalea)
Vitamin C
Alfalfa

Keempat2 pil ni mmg complete tuk mereka2 yg inginkan susu yg banyak e.g MILK BOOSTER! Sangat berpuas hati! Tiada lagi masalah susu x cukup. Hanya perlu kerapkan penyusuan dan pengambilan pil yg konsisten! InsyaAllah..susu badan akan terus ada malah lebih dprd mencukupi..! Supplement ni smua mcm magic..badan tak lagi letih, dan sentiasa segar je..

Mmg la kalau budget tight nak beli full pack shaklee.. tapi kita boleh beli trial pack dia yg complete utk sebulan sebanyak RM80 sahaja! hehe..

**try dulu baru korang dtg page aku tuk terima kasih! hehe.. aku happy tgk ibu2 yg sahut cabaran mnyusukan anak selama 2 tahun atau lebih.. (seperti yg disyariatkan dlm islam..)


Grill Pan from IKEA (testimonial)

Resepi Grill Lamb


3 slices of marinated lamb at tesco/giant/carrefour hypermarket
1 spoon of olive oil
Grill Pan (from IKEA of course!)


1-Panaskan grill pan anda.
2-titiskan minyak zaitun
3-masukkan slice daging2 tu..hehe

sesudah masak, hidangkan diatas pinggan sambil dihiaskan dgn funfries dan sos juga mayonis! SIAP!!! Hehe..satu resepi utk hari malas utk memasak. Hehe..

enjoy!


Marinated Lamb

Panaskan Grill Pan anda.


Masukkan daging anda,perhatikan ianya memercik2..
hehe..yummyyyy!



Harga Grill Pan ni RM80 jek! Hehe..sangat durability tau!
*weck yg belikan 3 bulan lepas..hehe. Aku rasa masih ade dijual..


(^^,)"


06 April 2011

Susu badan drop down!


Pergghh..mmg hazab! kepada mereka2 yg masih/sedang meneruskan perjuangan murni utk breastfeed anak2 mereka, sure paham masalah ni. Guess what? aku sdg mengalaminya sekarang! Asalnya isnin lagi aku dah rasa badan aku sejukkk sgt walaupun cuaca panas terik! Sah la aku demam! Aku kurung diri dlm bilik x buka kipas+aircond suma! Kununnya nak berpeluh2.. last2..sama je, malah badan aku makin kencang gigil!

Si comel adam danial dah satu jam lebih main2 ngan pembantu rumah.. aku mmg budget nak bg susu kat dia time sakit-sakit tu.. ye la susu badan harus diteruskan walaupun aku demam! Maka dgn pantasnya aku gagahkan diri amik breastpump.. (susu stock dlm fridge still beku, xbley nk de-frost dgn segera nnt kandungan nutrisi+antibodi suma musnah)

Pump dah 20 minit! tapi susu x sampai 1oz!! Perrgghh..mmg demam effect susu badan eh?? Nak menitik air mata ni kenangkan anak aku haus nnt! Then aku terus amik si comel tu utk direct breastfeed! Alhamdulillah, nampak juga dia menelan.. tapi x sampai 5 minit dia dah ngamuk! Maybe sbb bahang badan aku yg mmbuatkan dia ngamuk.. huhu..at last dia tidur, aku plak makan panadol..pastu terus mandi bawah air paip tangki rumah! Sejuk beb! Alhamdulillah panas badan aku kebah lepas tu. --kajian mendapati apabila seseorang demam panas, haruslah dikerapkan bilangan mandian dlm 1 hari dibawah pancuran air sejuk/paip..bukan water heater ok! Itu adalah kerana hasil penyelidikan yg menyamai dgn konsep satu gelas air panas yg dibiarkan dibawah kipas akan menyejuk secara perlahan2-- So sesiapa yg demam atau anak kecik demam, kerapkan bil mandian ok.. biasalah org zaman skrg, anak demam je dikatanya x boleh mandi.. sudahnya..anak demam biasa jadi demam panas!!


Weck ckp : "u ni kuat la sayang.. i pun x sekuat u.." *sambil kiss dahi aku.


**anak adalah penyuntik semangat aku. Aku rasa korang pun stuju ngan aku kan? Padan la org ckp "syurga bawah tapak kaki mak" - moga perjuangan murni menyusu anakku sampai usia 2 tahun tercapai..amin!

05 April 2011

Closure of Case Investigation.

Perkembangan kes si pervert : (pagi2 lg surat sampai kat atas meja aku..)


19 April 2011

-------------------------------------------------------------------
Subject : Closure Of Case Investigation
-------------------------------------------------------------------

We wish to inform that the staff who was alleged to have conducted gross misconduct has tendered his resignation.

As he is no longer an Employee of ###, the management would not be able to proceed further with any internal investigations. Hence the case is considered closed.

Thank you.



topic yg lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...