23 June 2010

I've Conquered Gunung Kinabalu!

Ini just preview back je.. sbb gambo baru jumpa.. wakaka.. banyak sgt folder kan!
so enjoy entry bergambar je la ok.. *pic ni bulan april 2009! Time tu baru dua bulan bertunang!

6 hari 5 malam di SABAH!

**Hari 1 sampai 3 layan Kota Kinabalu dan snorkelling di tiga buah pulau,layan Jambatan gantung n so on..

**Hari 3 sampai 5 Berada di Ranau,sabah Mendaki dari Timpohon.. Hari 6 rehat dan flight back to Semenanjung!


baru nk campak tripod jejauh!

masa bergelar tunangan..hehe..

ade ala model kah?? wakaka..

time ni husband asik nk amik gambo je!

deep blue sea!

speed boat with ana

blue starfish!

ikan jinak massage kaki!

jeti pulau manukan!

Pulau Mamutik dgn member2 gunung!

sampai ke puncak jua! thanks my hubby
sbb bg semangat dikala aku give up mendaki halfway!

bersama rakan gunung yg lelain

berlatar belakangkan puncak!

almost at the peak!
silau dan sejukkk!!!

my husband melayang!



**my husband said.."jom plan trip ke Medan lagi skali.." hehe..

21 June 2010

my home decoration

Ingat x entry aku yg paling malas iaitu "busy mengecat dan dekorasi" 2 minggu lepas? Haha..sorry sbb aku gagal mengotakan janji untuk meng-update secepat yg mungkin.. Biasalah..ada je benda nk buat..ada je tempat nak pergi.

So kali ni aku nk update last two weeks nyer citer sambungan dari hasil dari kerjasama kami suami isteri dlm mencantikkan kediaman kami! Penat? toksah nk dikata la kan..hhehe..tapi puas hati bila tgk hasil.. Tambahan lagi aku baru je membeli perabot baru dan beberapa barang untuk decorate rumah kami ni..


Cermin dan small frame..nice n simple kan?
Grey satin from nippon paint sesuai utk dining hall kami!

berehat dan masak lauk fav my hubby!
Masak lemak ketam,sambal belacan
ulam pegaga dan kailan ikan masin+air sirap!

2 minggu lepas masuk streamyx yeay!
wi-fi satu umah! no celcom broadband anymore!!

main hall.. aku gantung frame
yg aku beli kt IKEA.

main hall & dining hall
siap dicat dan di decorate!


Seronok walaupun berdua berganding bahu mengecat n mendekorasi kediaman kami.. penat hilang bila husband usik masa sedang sibuk mengecat.. bergurau2 sambil hugging n kissing.. cat..dan cat..sampai la siap,kami x sedar yg hasilnya..sangat cantik! Kemudian gantung cermin besar serta frame kecil2 yg dimuatkan dgn gambar perkahwinan kami.. Alhamdulillah..kediaman kami nampak indah!!

Yeay! we've made it!! i love it! utk baby yg bakal lahir ni..aku ingat nk decorate bilik baby pula..hehe.. rumah kena sentiasa kemas n bersih disamping tiada yg boleh mmbuatkan kaki aku tersadung..sbb perut makin muncet,nnt x nampak brg2 di bawah..hehe..

Father's Day at PD

Happy Father's day kepada smua bapa2 di Malaysia.. Tahniah dan terima kasih kerana berjaya bersabar dlm mendidik anak2mu tanpa jemu..

Sabtu kelmarin x plan pun nk kemana2 hujung minggu.. sbb my husband tiba2 rasa malas nk berjalan..so aku pun happy gak. Tapi tiba2 smlm my husband kejutkan aku dlm kul 6.30 pg.. katanya adik beradik dia ajak celebrate Father's day kat PD sambil buat bbQ kat tepi pantai..

here some pic's to share with.


baru sampai,amik mood sebelum mandi.. :)

my husband sonok layan ank buah dia..
mmg ada gaya 'bapa' sungguh!

adik ipar n maid kami..
gembira sakan!

Pic mama & baba in law x sempat nk snap sbb aku dah terjun dalam laut! hehe..
org ckp,pregnant woman xleh mandi laut.. tapi aku belasah gak! Sbb pantang tu manusia yg buat..tapi aku rasa no harm at all..besides,swimming tu senaman jugak!


18 June 2010

Dinner Menu : Italian

Holla! Miss my blog already! Hmm..hari ni hari Jumaat,mcm biasa break time waktu sembahyang jumaat adalah 2 jam kan! So aku amik kesempatan ni tuk share recipe yg simple utk buat sos spaghetti ni ngan korang smua! Ini juga kepada sesiapa yg nk cuba sendiri buat sos dia. Ye la,slalu beli je yg dah siap dlm tin mcm Prego tu kan..

Last 2 days my husband request nk mkn Italian untuk menu berbuka nnt.. So,aku suggest Spaghetti Bolognese kt dia.. Luckily,he's agreed with me..

Spaghetti Bolognese (3 pax)

2 biji -Bwg putih
1 biji -Bwg Besar
400 gm -Minced beef
5 sudu besar -Extra Virgin Olive Oil
(ikut suka bnyk mana ) -Oregano Leaves
1/2 -Spaghetti
4pcs -Button Mushrooms
1 cube -Beef stock
4 sudu besar Tomato Puree
secubit -garam
secubit -gula

Methods :

1 - Tumis garing bwg besar n bwg putih yg dipotong dadu bersama olive oil.
2 - masukkn minced beef td,gaul rata sampai air dari minced beef tu kering.
3 - then,masukkan tomato puree,beef stock dan sedikit air..kacau rata.
4 -masukkan Oregano ikut suka banyak mana anda mahukan. Aku buh lebih sbb suka sgt sbb ianya mngandungi antioksida)
5 - masukkan mushroom last supaya kekal segar dan x hilang nutrient dia.
6 - masukkan garam dan gula secukup rasa dan sedia untuk dihidang!

Spaghetti :

rebus spaghetti bersama sedikit garam dan sesudu Olive oil suapaya x melekat spaghetti tu.


sebahagian bebahan yg perlu ada

marina beef balls sgt berkualiti dan sedap!
olive oil yg mnyihatkn! oregano antioksida!
spaghetti yg tidak berlemak spt mee kuning!

tumis bawang

sesambil goreng tu,rebus spaghetti..

hiris cendawan mcm ni,delicioso! hehe..

Hidang bersama broccolli yg dicelur air panas sikit, then goreng beef balls,pastu taburkan sdikit keju parmesan bersama sedikit tabasco bg sesiapa yg suka sedikit pedas.. Slurrrppp..yummy!! My husband ckp spaghetti ni terlalu sedap hingga lepas berbuka makan bertambah2.. dan saya sangat SUKAAAAA...!!!!

17 June 2010

Sharing is caring

Genap 6 bulan aku bergelar "isteri"..dan genap 5 bulan aku hamil.. walaupun masih baru dialam perkahwinan,setakat ini pelbagai yg aku lalui..suka duka,susah senang..dari awal lg aku dah pun prepare diri aku spenuhnya utk menggalas tggjwb seorg "isteri"..dan benar, mungkin ini hanya suku daripada apa yg aku lalui sbb, org ckp "setahun dua kawin mmg happy..nnt dah masuk 3 tahun keatas,memasing suami isteri dah mula buat hal memasing..yg si suami dah sibuk buka mata tgk awek2 yg cun dan masih bujang2 dan yg si isteri xheran pada anak2.." So aku x nak jadikan kata2 keramat mcm tu menghantui diri dan kerana itu juga..i get myself prepared! Ckp mmg senang.. Tapi aku akan buktikan!! Bukan bukti utk korang yg baca blog aku..tapi aku nak buktikan pada diri aku sendiri!!

Aku amatlah fobia dlm perkara2 yg mcm ni..tapi aku sbg sorang wanita yg baru 'bertatih' dlm dunia perkahwinan ni..haruslah berdikari dan harus bersedia dlm apa jua perkara yg melibatkan hal rumah tangga. Org kata..kalau kita syg, nnt melayang..so berpada2 dlm syg itu.
Banyakkan beribadat kepada SWT..selain usaha,kita bertawakkal la sepenuh hati agar apa yg dipinjamkan SWT pada kita didunia ini dimanfaat kan sepenuhnya..sebelum SWT ambilnya semula.

SUAMI - tentunya kita x mahu kehilangannya! Tapi terfikirkah kita bahawa dlm kita syg dia,tatang bagai minyak yg penuh,percaya sluruh jiwa raga.. adakalanya kita kaum wanita lalai menjaga kebajikannya.. bukan hanya tempat tdur,atau makan dan minum.. tapi perasaan dia! Pernah x kita ambil hati dia,puji dirinya,mendengar masalah dia,beri kejutan yg istimewa kdg2 padanya,dan bg sokongan moral disaat kesulitan..dan bukannya membebel pada dia tiap2 kesalahan yg dia lakukan.. **(bebelan dan wanita mmg biasa terjadi..walau tanpa disedari diri sendiri..)

JIKA kita mampu maintain jaga smua batas2 yg diatas,dan tips2 yg diberikan..aku rasa,peratus lelaki untuk berpaling pada wanita lain amatlah sedikit. Kerana,lelaki pada amnya,akan setia pada wanita yg cukup kriteria seperti diatas!! Gila aku katakan kalau masih ada lg lelaki yg nk kawin lain kalau ade niat nk pompuan lain.. itu dah kira mata keranjang! Jagalah perilaku kita pada dia,Once dia dah terasa dgn sikap kita..bila2 masa je SWT tarik perasaan syg dia pada kita..dan pada masa itu,bersedialah kita untuk melepaskan dirinya!

So,ini hanyalah pendapat yg x seberapa dari aku..kepada smua isteri2 yg baru berkahwin atau lama..xkisah..kita masih belum terlambat untuk perbetulkan diri dan tingkah laku kita.. Biasanya lelaki je yg suka buat masalah kan? tapi kalau kita sorang wanita yg bijak,fikirlah dgn bijak..bagaimana suami kita tergamak lakukan perbuatan seperti yg sedemikian!
Renung2kan..dan carilah jalan penyelesaian yg sebaik2nya! Allah swt juga benci kepada "penceraian" dlm rumahtangga!!



by Ainiladly Abdullah

11 June 2010

My Water Moments



benci x boleh nk ambil gambar under water!


Waaaaarrrrggghhhhhhh....!!!!! Aku xkan pernah bawa kamera DSLR aku untuk berada berdekatan dgn air..!!!! tapi mcm mana nk ambil gambar time pergi vacation di pulau2 yg cantik?? Aku dah la suka sgt ambil gambar! Xkisah apapun situasi,aku mmg suka sangat ambik gambar..terutamanya gambar candid! Kamera yg aku miliki kini adalah Nikon D80. Ianya adalah camera dslr yg besar dan agak berat sedikit bg perempuan mcm aku ni nk bawak kemerata2 tempat.


Aku suka sgt dengan keindahan pantai,terutamanya perasaan ketika di dalam air didalam air! dan teringin sangat nak tangkap gambar under water! Tapi masalahnya,aku xde camera mcm Sony TX5 yg canggih tu! Siap boleh bwk masuk air lagi! Bukan apa,kalau lah aku dapat ambik gambar dlm air masa aku tgh menyelam ke,snorkelling ke.. aku yakin,pasti gempak gila! Tapi sayangnya,aku mmg TAK PERNAH ade peluang dapat amik gambar dlm air! Serius aku sgt cemburu bila tgk org post picture time diorang menyelam!


JIKALAU AKU MEMILIKI SONY TX5..


Pastinya dapat mengubah mood aku lebih ceria! Malah dgn adanya kelebihan kamera daripadaSONY ni bukan sahaja dapat mengambil gambar yg berkualiti didalam air dan di darat seperti kamera compact yang lain, malah pasti ianya membuat aku lebih berkeyakinan untuk mengambil gambar tanpa merisaukan masalah gegaran,kualiti gambar dan pelbagai lg..


And yes i did went for avacation lately ke Sabah. Aku kirakannya sbagai marathon island la,pergi 3buah pulau dlm masa satu hari iaitu Pulau Manukan,Pulau Sapi dan Pulau Mamutik.. Pemandangan pantai mmg superb! Tapi satu je matlamat aku dlm ketiga-tiga pulau ni iaitu, SNORKELING! hehe.. mmg happy sgt bila berendam dlm air..yg lebih menarik pulak dgn air yg jernih kebiruan tu terdapat berjuta2 ikan yg bermcm-mcm jenis dan warna! Ikan NEMO pun ade juga ianya comel sangat! Masa aku tgh syok menyelam,tiba2 teruja sgt bila terpandang STARFISH yg berwarna biru dan SUMPAH aku katakan,ianya Sannggggggaaaatttt cantikkkkk!! Tapi sayangnya DSLR aku xboleh dibawa masuk kedalam air! Itu lah salah satu kekurangan disebalik kamera DSLR yg aku dah beli mahal2 dan berat..tapi TIDAK bercirikan WATERPROOF dan ringan seperti kamera compact SONY TX5! Warrggghh..mmg rasa nk nangis je sbb terpaksa ambil gambar atas air SAHAJA! So x dapat la nk kongsi pengalaman dan perasaan sewaktu aku berada didlm air bersama ikan2 dan tumbu karang yg AWESOME!! Jadinya,akibat daripada tidak memiliki camera yg waterproof,terpaksalah aku bercerita pengalaman yg menarik tu pada member2 tanpa gambar!!


Kamera compact SONY ni terdiri daripada berbagai2 features yg SANGAT GEMPAK seperti :


Water-proof (kedalaman air lebih kurang 3 meter)

Shock Proof - Tiada lg kerisauan sekiranya kamera ini terjatuh ke lantai akibat kecuaian kita,kerana Cybershot Sony TX5 ini telah direka bentuk supaya tahan lasak sehingga ketinggian yg mencecah 1.5m*

Handheld Twilight- iaitu berupaya mangambil picture yg berkualiti terang dan cantik terutamanya kawasan yg kurang cahaya ataupun pemandangan diwaktu malam tanpa bantuan flash!

gambar yg cantik meskipun diwaktu malam!


Intelligent Sweep Panorama & Anti Motion Blur- pulak adelah teknologi yg mampu mengambil gambar panorama dgn hanya sweep kamera ini secara horizontally dan gambar yg dihasilkan adalah sangat cantik! Anda akan terpegun dengannya!!


very impressive!

with & without anti motion blur


“Exmor R” CMOS Sensor- adalah satu lg teknologi yg sgt hebat oleh SONY iaitu high sensitivity,low noise dan sebagainya!


BIONZ Image Processor- pula di design khusus utk SONY Digital SLR dgn processor yg berkelajuan tinggi yg mampu mengawal noise dan warna gambar yg diambil serta tidak lg dihantui masalah gegaran seperti yg sering dialami oleh kamera DSLR aku! ciss...



25mm wide angle Carl Zeiss® Vario-Tessar lens (10.2 pixel) - ialah ttg kecanggihan lensa kamera yg dicipta dgn sangat berkualiti yg amat diminati dan menjadi pilihan ramai.


OMG! AKU SUNGGUH TERUJA UNTUK MEMILIKINYA!!


Nuffnang kali ni ade buat contest untuk memenangi kamera SONY TX5, dan dengan perasaan yg EXCITED sangat2, aku berharap agar entry "My water Moment" ni tepilih diantara 3 pemenang itu nanti!! InsyALLAH.. huuhu..sekurang-kurangnya,aku mencuba!


09 June 2010

Busy mengecat & mendekorasi.

closed up pic aku yg sengal!


Slm

Sorry sbb x sempat nk update perkembangan diri.. huhu.. jgn marah ye. Aku tgh sibuk mengecat beberapa hari ni.. bukan setakat itu sahaja.. malah aku juga dgn giatnya mendekorasi rumah aku bersama suami.. hehe..jgn wisau ye..aku cuma mengecat (tapi bab yg tggi,aku serah kat mr hubby je..) dan dekorasi pun kalo bab angkat mengangkat perabot tu..keje org lelaki la kan.. hehe..

Bukan ape,ini adelah kesenangan aku dan mr hubby juga.. Aku nk rumah aku yg sempit tu nampak luas dan aku juga xmau lg mess up ruang2 tertentu yg boleh menghalang perjalanan aku dlm rumah tu..Al-maklumlah..perut da makin memboyot,so nak pandang lantai pun dah tak nampak, apetah lagi nak potong 'pubic hair'..hehe.. *(mahap sengaja lucah..)hehe..

Nanti dah siap aku amik post gambo yg aku dah decorate eh..


**sape kate mak buyung x bole buat kije suma2 tuhh?? hehe..yg penting kene hati2 je.. :))

08 June 2010

Beauty Website Promo!

Dear fellas..

maybe some of you ade dgr pasal Makeupfreak yg sedang meluaskan lg empayar kecantikan di facebook atau dikalangan blogger sendiri.. So kali ni aku sbg asisstant Makeupfreak yg dikelolakan oleh my big sis -- aD (Outdoorfreak) bersama husbandnya!

Aku ingin mengambil kesempatan ni, untuk memperkenalkan kat uolls kat new website baru my big sis yg berkemungkinan besar..aku juga bakal sertai my big sis utk memulakan part time sebagai Makeup Artist! And yes..aku juga sangat meminati bidang ini!! Smoga kami terus success!!

Contact/Booking us :


special makeover for dinner,Anniversary,
Wedding,Engagement..

.
.
.
.
Makeup promotion!
sila hubungi kami utk harga yg berpatutan!

Pelancaran booth sulung kami
sempena blogger bridal gathering!

me n my big sis on my left!

**kepada mereka yg still tertanya2 adakah dijamin makeup cantik dan adakah ianya akan memuaskan hati pelanggan?? Jawapannya adalah "Semestinya!!" Produk yg kami guna adalah berunsurkan 2 jenama sahaja iaitu M.A.C dan KRAYOLAN !!

WARNING!

**produk berjenama ini bukan beli di pasar mlm seperti mana mak andam biasa buat utk jimatkn kos mereka!! --ini biasa terjadi dimerata2 tempat dimana mak andam akan mngenakan bayaran yg mahal bg service mereka walhal menggunakan produk yg murah dan TIDAK berkualiti!! sila berhati2!!!

07 June 2010

Happy besday kesayangan aunty!

Happy Birthday syg!!

Ariff & Ayuni


Sabtu haritu merupakan hari lahir budak comey yg bermata bulat dan menjadi kesayangan saya iaitu satu2nya anak buah lelaki sulung dlm ramai2 anak buah. So automatik la jadi perhatian family besar kami! hehe..

once again!
Happy Birthday to..

.
.
.
.

Ariff Fazillah bin Noor Fazillah!!

Ni anak akak aku yg sulung a.k.a kembar aku, aD atau visit arr page dia (Outdoorfreak) hikhik.. aku rasa some of u olls ade add akak aku kut kat blog korang.. hehe.. pada x perasan,it's okay.. aku just nk share ke-happy-an aku! Celebrate dgn kek yg kecil sbb mulanya aku,husband dan abg ipau jek.. last2 abg aku plak dtg bwk anak dia skali ngan wife dia.. hehe.. akak aku pun gelabah nnt kek x cukup!! so aku suggest jugak kek kecik tu potong kecik2.. wakaka..lawak!

Ariff,pada sabtu yg lepas..genap 1 tahun!! sekejap je masa berlalu!! aku tumpang gembira.. korang tau kenapa? ye la..once aku naik KL duk ngan kakak aku,time tu blom kawen.. dia addicted to gunung jek. Boyfriend bersilih ganti..hheehe..*(mmpus aku kalo dia baca) pastu..once dia decide nk btunang,aku happy sgt..sbb akak aku da nk umo 30 tapi x kawin lg.. Then,diorang kawen.. pastu aku abis belajar Universiti jek akak aku pregnant.. dia share mcm2 dgn aku apa yg dia rasa..ye la kami xde mak dari kecik kan..

Akak aku xde mak mertua atas nasib yg sama mcm kami..so berpantang dgn nenek je.. aku pun turut jaga ariff since he was a lil baby.. sweet sgt! Until now..dah setahun!!! OMG!!

**to Ariff.. aunty love you so much!! cepat besar dan belajar rajin2!!! **dia dah ade 2 batang gigi dan sudah pandai berjalan!! serentak tu!! cayalahhh!! go..go..Chayokk..!!

Dia ckp aku kelakar..

ada apa dgn nasi minyak??

gatai tekak da tgk pic ni!


?????

Apa yg kelakarnya?? ntah la..salah ke aku mencari nasik minyak?? Ohh..ye! lupa plak yg aku semenjak 3 hari yg lepas asik nak makan nasik minyak je kejenye! Dan korang bayangkan lah.. dah 3 hari berturut2 aku makan nasik minyak! haihh..naik minyak le gamaknye!!

Tapi apa dia yg kelakarnya??

Sepanjang 3 hari lepas aku duk sibuk tanya kat husband aku,ade x kwn2 or sedara2 nk kawen? Sbb aku yg teringin nk makan nasik minyak dgn lauk ayam masak merah,lauk kari daging..ngan air sirap or bandung.. wakaka.. lantak le! yg penting aku mmg terliur je lelauk mcm ni,tambah lagi nasik minyak!! pergghhh...!! meleleh air lior nokkkss!

Husband aku ckp aku sangat kelakar sbb aku sibuk tanya rumah siapa yg ade buat kenduri kawen..pastu gila kat nasik minyak walau da dpt pun nasi tu.. dah tu siap cakap aku ni pelik juga. Hishhh.. sukahati saya la kan nk mkn ke..nk apa ke.. wakaka.. yg penting lauk uma org kawen mmg x leh dilepaskan!! wargghhh..


Saya nak lagi..lagi..dan lagiiiiiiiiii....!!



04 June 2010

Terharu dgn ketulusanmu..

Slm..

mcm biasalah kan..blog ni jadi sasaran aku utk melepaskan tension,marah,sedih,kecewa,gembira dan bermacam2 lagi.. tapi kali ni aku luahkan perasaan terharu aku kat sini.. Org cakap,kalau kita ade masalah atau apa2 pun diluah dgn cara menulis atau menaip.. insyaAllah..rasa release sikit kan.. hehe..

Ok,straight to the point.. Last night..aku dan husband ade gaduh kecil sbb masalah yg kecil, So nk dijadikan cerita..al maklumlah.. wanita hamil emosinya x stabil kdg.. emo x memasal dan mcm2 lg perangai kan.. so mlm td aku ade sedikit terasa dgn perbuatan org lain dimana aku cuba mengadu, dan husband aku plak wt x tau je lepas aku luahkan.. so aku sound la dia.. dan tetiba laju je air mato ni mngalir..bgaikan waterfall..kui3.. Pastu husband aku pujuk la wife dia yg mngada2 nau ni.. aku plak yg mmg terkenal dgn "BIG FAT EGO" lalu menepis tgn husband dgn pantasnya! wahh.. aku pun xtau la knp aku buat mcm tu! ye betul maybe hasutan iblis! Aku rasa berdosa sbb menyakiti dia.. pastu dia beredar dari aku..

Aku pun tdo kroiihhh..kroiiihhh..la ape lagi!! hehe..

pastu tengah2 mlm aku dgr husband aku ngaji..so just ignored je la kan..sambung tdo balik.. pastu tetiba,abis ngaji je dia usap perut aku..then aku terjaga..aku tanya dia x tdo lg ke.. dan Korang nk tau dia ckp ape????


"bb...abg td bacakan surah yassin utk awk...gud nite bb.."

**xsemena2 aku nak nangis lg bole??

02 June 2010

Kepingin Laksa Kedah

Wahhh..

lama dah x masak untuk 10 org punya hidangan.. Smlm adelah yg pertama kalinya rumah dikunjung oleh adik2 ipau aku beserta dgn boyfriend dan kawan memasing dtg dengan hajat bermain board game sambil lepak2 kt umah aku.. hehe..suka sgt ramai2.. Mmg right timing btui derang dtg, sbb aku mmg nk masak laksa kedah smlm! Semalam ade pasar mlm, pegi membeli belah la aku dan husband beli brg2 basah..ikan,daun kesum,kantan,limau..bla..bla.. Pastu balik je rumah,aku dah kelam kabut nk masak sbb dah jam 7.30 ptg.. Ye la..estimated time nak masak kurang2 1 jam stgh kan sbb aku sorang je yg nk mengerjakan dapur tuh.


yummy laksa kedah!


Sesudah solat maghrib,dgn pnuh kesabaran dan kasih syg aku pada suami..*(eceh..) akhirnya masak dgn cemerlang jua akhirnya..serta disusuli dgn pujian.. "SEDAPNYA!!".. dah kira alhamdulillah bg aku.. Suka hokeh bila org puji dgn masakan kita! ~x lupa juga berterima kasih juga pada husband aku walaupun hanya menolong aku mencerai2 kan isi ikan untuk diasingkan dgn tulang..hehe..

merebus ikan

masak mcm kilat, so gambo pun bnyk
yg x sempat nk snap..

hadiah kawin aku dari IJN..
ingat nk guna taim raya nnt buh rendang ke..

husband sukaa sgt tgk aku buh dlm ni!

wahh..org pertama yg merasa.. dan memberi
pujian yg pertama sampai wt aku senyumm x sudah!


**pagi td bgn je tgk kat hall bersih dan xde satu sampah.. bantal kecil kt sofa tersusun rapi.. pastu g dapur plak,xde satu pinggan mangkuk! siap baju2 semalam dan kelmarin yg aku buh dlm bakul dah xde!! wa cakap lu!! Aku mulai pelik!

aku : syg..u kemas hall,cuci pinggan mangkuk n basuh baju ke?? *(buat2 tanye..)

mr weck : yerr bb..

aku : iskk..kenapa u buat semua syg..?? i boleh kemas laa..

mr weck : u penat masak mlm td..hidang makanan kat diorang lg.. i x nak u penatt..

aku : *(trus kiss kt dahi dia sbg hadiah hehe..) thanks syg! bb love u so much!

mr weck : love u too. Sedap gila laksa u.. thanks bb masak utk i..

aku : hmm..ye ke sedap? hehe..


sesapa nk resepi sila beritau yerr.. hehe..

topic yg lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...